Monday, 5 September 2011

kAnta lEkap dan KeGunaAnnya

 KEGUNAAN KANTA LEKAP
1. Menggantikan cermin mata bagi memperbaiki kecacatan dan meningkatkan ketajaman mata.

2. Perlindung untuk beberapa jenis penyakit kornea.
3. Memberi keselesaan kepada pemakai. Bayangkan seorang ahli sukan seperti pemain bola sepak yang terpaksa menggunakan kaca mata. Sukar, bukan?

4. Untuk tampil bergaya. Penggunaan kanta lekap berwarna untuk yang bermata normal adalah satu trend sekarang dan sekadar `berseronok-seronok'.



        

                               Kanta Lekap Berwarna




PERUBAHAN gaya bukan hanya tertakluk pada potongan rambut baru, solekan menawan mahupun pakaian. Warna mata juga mempunyai pengaruh tersendiri dalam menentukan gaya.
Mata dianggap sebagai jendela jiwa kerana ia bukan sahaja mampu menarik perhatian mereka yang melihat, tetapi juga antara cara untuk melihat emosi individu.
Selain daripada bentuk mata, warna juga memainkan peranan sebagai daya penarik wajah individu.
Jika zaman dahulu, ramai yang ingin mengubah warna mata untuk menjadikan diri lebih cantik atau menarik, kini perkara itu tidak mustahil dengan kehadiran kanta lekap berwarna.
Kanta lekap bukan sekadar memperbaiki penglihatan si pemakainya, tetapi juga boleh digunakan sebagai kenyataan fesyen yang mudah dan mampu dimiliki

No comments:

Post a Comment