Monday, 12 September 2011

cara-cara pembuatan kanta lekap




Proses Penyediaan

    
1

    Mengumpul bahan plastik yang perlu untuk membuat kanta lekap anda sendiri. Plastik cenderung untuk menjadi bahan pilihan, walaupun anda boleh menggunakan bahan-bahan yang lebih lembut. Buatlah pilihan anda jika kanta akan digunakan  untuk membetulkan penglihatan atau untuk menukar warna mata seseorang.
    2

    Acuan plastik (juga dikenali sebagai polimer) ke dalam bentuk kanta sentuh, yang biasanya bulat. Mencairkan plastik. Gunakan kanta-Contouring mesin khusus untuk membentuk lensa dengan menuang plastik cair ke dalamnya. Mengenakan tekanan yang melampau untuk membentuk kanta ke dalam bentuk yang tepat bola mata manusia.
    3

    Tunggu kanta sentuh teracu untuk menyejukkan dan kemudian memohon kepada mesin baru yang akan mengisar kanta sentuh ke tahap tepi. Ambil masa anda dengan proses ini untuk memastikan bahawa kanta terlicin betul.
    
4

    Jika anda tidak mempunyai membentuk atau mesin mencanai, menggunakan laser untuk mengurangkan kanta lekap daripada bahan plastik. Pastikan bahawa laser memotong plastik dalam bentuk bulat sesuai dengan biji mata. Pinggir akan kasar dan akan perlu dipoles. Gunakan penggosok untuk melicinkan tepi keras kanta sentuh.
    5

    Jika anda tidak mempunyai laser, menggunakan pelarik untuk membuat kanta sentuh dengan memotong bahan dalam bentuk mata manusia. Kaedah ini tidak adalah yang paling moden, tetapi hanya berkesan dengan menggunakan acuan tekanan yang melampau dan peralatan laser

haTI-Hati MeMilih KAnta Lekap

Terdapat pelbagai jenama kanta lekap yang telah dilahirkan berikutan pemintaan penggunanya.Tetapi kita harus berhati-hati dalam memilih kanta lekap untuk mengelakkan kesan sampingannya..........sesuai dengan gelarannya "mata adalah pencaidera yang paling manja"........alat untuk dipakai kepadanya juga harus berkualiti..



Terdapat beberapa kanta lekap yang selamat digunakan dan sebaliknya.
contohnya..............




Kanta lekap 1-Day Acuvue TruEye jenama Johnson & Johnson telah ditarik balik dari pasaran antarabangsa. Kanta lekap buatan Ireland ini telah ditarik balik kerana pengguna membuat aduan mengenai kanta lekap tersebut  yang menimbulkan rasa gatal dan pedih yang tidak normal. Pengguna-pengguna juga telah melaporkan bahawa kanta lekap tersebut mengakibatkan mata menjadi merah dan sakit.

Kanta lekap tersebut tidak dijual di Malaysia, tetapi masih dijual dalam talian dan pengguna-penguna di Malaysia masih terdedah kepada bahaya. Singapura telah menarik balik produk ini di pasaran secara sukarela. Berikut adalah nombor lot kanta lekap yang telah ditarik balik di Singapura;

KomPliKasi KantA LeKap

1      SUPERFICIAL PUNCTATE KERATITIS (SPK)
Permukaan kornea mata menjadi rosak biasanya disebabkan oleh pemakaian yang kanta yang terlalu ketat sehingga menyebabkan mata kekurangan oksigen (hypoxia), alergi, atau keracunan.
Gejala: Pemakai merasa tidak selesa, menjadi sangat sensitif pada cahaya (photophobia), dan hadirnya bintik-bintik di kornea mata.
Rawatan: Mengurangi atau menghentikan pemakaian kanta lekap.
 
2        ALAHAN
Radang atau iritasi terjadi kerana mata dimasuki bahan-bahan pembawa alahan seperti debu, serbuk atau makanan ke dalam mata.
Gejala: Rasa gatal, mata menjadi merah dan kelopak mata membengkak. Umumnya, alahan terjadi secara bermusim dan pemakai memang mempunyai sejarah alahan.
Rawatan: Hindari penyebab alahan. Hilangkan bengkak di mata dengan kompresi air dingin. Mengambil ubat  antiradang apabila terjadi keradangan dan alahan boleh diredakan dengan ubat alahan, antihistamines.
 

3     KERATOCONJUNCTIVITIS SICCA / SINDROM MATA KERING

 Timbulnya bintik (keratitis) kronik pada kornea bawah. Komplikasi ini disebabkan oleh perembesan air mata pemakai yang tidak mencukupi.
Gejala: Mata rasa seperti terbakar, air mata sering keluar dan cairan di mata berlebihan.
Rawatan: Suplemen air mata atau menggantikan kanta. Sekiranya tidak berhasil, hentikan pemakaiannya.
 
4      KORNEAL EDEMA
Cairan dalam kornea menjadi berlebihan sehingga menimbulkan stres pada kornea, biasanya disebabkan oleh mata kekurangan oksigen.
Gejala: Photophobia, penglihatan menjadi kelam, mata merah dan tidak selesa semasa kanta lekap ditanggalkan. Pembuluh darah kelihatan lebih jelas dan timbul superficial punctate keratitis.
Rawatan: Menambah oksigen pada mata. Kurangkan atau menghentikan pemakaian kanta lekap.
5       INFILTRATES
Keradangan pada jaringan mata disebabkan oleh kanta lekap yang kurang bersih, oksigen yang kurang, tindak balas alahan hingga menimbulkan jangkitan.
Gejala: Biasanya, ia kelihatan seperti sekelompok sel berwarna putih. Penglihatan berkurang, mata merah, photophobia dan timbul bintik putih di mata.
Rawatan: Komplikasi ini diatasi dengan menghindari pemakaian kanta lekap, kerap menggantikan kanta lekap, mengambil antibiotik/steroid dan memberikan penekanan terhadap cara pembersihan kanta lekap.
 
6   JANGKITAN
Jangkitan terjadi akibat kontaminasi organisme berbahaya ke dalam mata seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus.
Gejala: Mata menjadi merah, kelopak mata melekap, air mata meleleh, kurang penglihatan dan bintik pada kornea.
Rawatan: Menjaram dengan air dingin, menggunakan air mata buatan, dan terapi antibiotik, jika perlu.
 
7      MICROBIAL KERATITIS
Microbial keratitis terjadi apabila organisme berbahaya seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus masuk ke dalam kornea mata hingga mengakibatkan pembengkakkan.
Gejala: Sakit pada mata, photophobia, air mata berlebihan, mata merah, dan penglihatan berkurang. Jika sudah parah, mata mengeluarkan nanah.
Rawatan: Terapi antibiotik, penggantian kanta lekap.
 
8              VASKULARISASI KORNEA
Vaskularisasi kornea adalah pembentukan pembuluh darah dalam jaringan avaskular (kornea). Seringkali disebabkan oleh kekurangan oksigen oleh pemakaian kanta lekap yang terlampau ketat.
Gejala: Kurang penglihatan serta timbul pembuluh darah di kornea.
Rawatan: Kurangkan pemakaian kanta lekap atau menggantikannya dengan kanta lensa yang menyokong oksigen sepenuhnya.
 
9      GIANT PAPILLARY CONJUNCTIVITIS (GPC)
GPC adalah keradangan papilari pada kelopak atas mata. Penyebabnya masih belum diketahui hingga kini walau ada yang mengaitkannya dengan pemakaian kanta yang berpanjangan.
Gejala: Gatal-gatal, penglihatan berkurang, kanta lebih banyak bergerak-gerak, tidak boleh memakai kanta biasa dan kelopak mata membengkak.
Rawatan: Kurangkan pemakaian kanta, menjaram air dingin, berjumpa doktor mata dengan segera.
Justeru, pencegahan dari timbulnya komplikasi akibat pemakaian kanta lekap adalah jauh lebih baik daripada mengubati.
Setiap individu yang memakai kanta lekap berpotensi mengalami komplikasi-komplikasi yang disenaraikan sekiranya penjagaan kanta lekap dipandang remeh.
 Oleh itu, kekerapan membersihkan kanta lekap serta jangka masa pemakaiannya sebagaimana yang disarankan perlulah dititikberatkan bagi mengelak sebarang kemungkinan. Sayangilah mata anda…

Kanta SEmenTara




  • Foto
  • Foto

                               Oleh Hafizah Iszahanid hafiza@bharian.com.my

Masalah kekeringan, jangkitan antara sebab pengguna kanta lekap kembali berkaca mata

PENGGUNAAN kanta lekap dewasa ini lebih kepada satu trend apabila semakin ramai menggunakannya bagi menggantikan kaca mata. Di satu sudut pula, tidak kurang juga yang mengenakan kanta lekap pelbagai warna atas alasan kosmetik.
Namun, tahukah anda, ada juga yang cuma selesa menggunakan kanta lekap buat sementara sebelum kembali berkaca mata. Alasannya - tidak selesa, takut mengalami jangkitan dan masalah kekeringan.
Kajian Pakar Runding Optometris Amerika Syarikat, Dr John Rumpakis pada 36 negara mendapati setiap tahun antara 16 ke 30 peratus pengguna berhenti menggunakan kanta lekap. Angka ini jelasnya, menjadi cabaran besar kepada pakar runding optometris profesional jika mereka tidak memulakan pendidikan kepada pengguna untuk memilih kanta lekap dan kaedah cucian atau bilasan yang betul.

Secara umumnya, kata Rumpakis keuntungan tahunan yang dijana daripada seorang pengguna kanta lekap adalah setinggi RM1,173 (AS$326), sementara nilai pemberhentian untuk setiap pengguna adalah RM8,640 atau AS$2,400.

“Di seluruh dunia, ada 125 juta pengguna kanta lekap. Secara rawak pula, doktor mata menerima 12 hingga 22 pesakit baru setiap bulan. Secara purata, pakar mata profesional merawat 23 pengguna yang memilih kanta lekap jenis kekal manakala antara 75 ke 133 orang memilih kanta lekap jenis lembut setiap bulan,” katanya.

Namun, bilangan mereka yang berhenti menggunakan kanta lekap juga kian meningkat iaitu 15.9 peratus di Amerika Syarikat, 31 peratus di Asia Kepulauan Pasifik dan 30.4 peratus di Eropah, Asia Barat dan Afrika.
Kata Rumpakis, faktor mereka berhenti menggunakan kanta lekap hampir sama di seluruh dunia iaitu faktor ketidakselesaan (41.9 ke 52.9 peratus), kanta lekap tidak membantu penglihatan (3.8 ke 17.5 peratus) dan kosnya pula 11.6 ke 17.5 peratus.

“Di kalangan pengguna di Asia dan Kepulauan Pasifik faktor ketidakselesaan, 10 peratus dan bimbang mengalami jangkitan sekali lagi, 17.5 peratus,” katanya.

Sebelum ini, Universiti Waterloo Ontario, Kanada dan Universiti Ohio State pernah menjalankan kajian sama dengan hasil sama iaitu, faktor ketidakselesaan 27 peratus, masalah kekeringan pada mata, 16 peratus dan masalah mata merah 11 peratus.

“Di kalangan pengguna di Asia, masalah ketidakselesaan dan takut berlakunya jangkitan adalah punca yang biasa diterima berbanding pengguna lain di seluruh dunia. Tahap pendidikan juga mempengaruhi persepsi pengguna terhadap risiko penggunaan kanta lekap.

“Namun, bagi pengguna yang menggunakan kanta lekap berpreskripsi tinggi, berpendapat menggunakan kanta lekap adalah pilihan terbaik berbanding kaca mata, terutama bagi mereka yang aktif bersukan. Umumnya, mereka yang berhenti menggunakan kanta lekap adalah pengguna yang menggunakannya atas faktor kosmetik,” katanya.

Kata Rumpakis, di kalangan pakar runding optometris profesional, penggunaan kanta lekap sebenarnya perlu seiring dengan pembilas kanta lekap yang betul.

“Pastikan jenama pembilas itu disarankan oleh doktor mata yang sama memberi preskripsi kanta lekap. Pembelian terus di farmasi mungkin menyebabkan kanta lekap dan pembilas tidak tepat sekali gus menyebabkan rasa tidak selesa,” katanya

Sunday, 11 September 2011

PenJagaAN KanTA LEkaP



Langkah 1: Basuh tangan setiap kali anda ingin membuka kanta lekap. Selepas basuh pastikan tangan anda dikeringkan kerana air paip masih mengandungi kuman atau bakteria kecuali anda menggunakan air yang ditapis.

Langkah 2: Keluarkan kanta lekap secara berhati-hati dengan tangan yang bersih dan kering.

Langkah 3: Letakkan kanta lekap dengan tapak tangan anda. Bersihkan dengan cara meletakkan 3-4 titis pembersih penyelesai pelbagai guna(multipurpose solution) terutrama di bahagian atas kanta tersebut. Gunakan salah satu jari anda untuk menggosok kanta dengan lembut bersama titisan pencuci tadi.

Langkah 4: Bilaslah kanta lengkap anda dengan titisan pencuci khas yang sama untuk menghilangkan kuman yang terlekat padanya.

Lnngkah 5: Simpan kanta lekap anda dalam bekas khasnya, pastikan bekas tersebut bersih dan perlulah diganti dengan kerap supaya kuman yang ada pada bekas lama tidak melekat pada kanta lekap anda.

JeNis-JeniS KaNta LekAp



KANTA LEKAP JENIS KERAS
  • Kanta lekap yang boleh diresapi gas 


Kegunaan 
  • Boleh dipakai untuk jangka masa yang lama.
  • Membolehkan oksigen sampai ke mata.
  • Penglihatan lebih jelas.
  • Mudah dibersihkan dan disimpan.
  • Tidak mudah rosak dan tahan lama (1-2 tahun). 
KANTA LEKAP JENIS LEMBUT
  • Kanta lembut pakai buang
  • Kanta lembut pakai harian
  • Kanta lekap dengan tempoh pemakaian lebih lama atau dilanjutkan (extended-wear)
  • Kanta lekap dengan tempoh pemakaian lebih lama yang dipakai buang.                                                        
            
        










    Kegunaan
  • Tempoh penyesuaian mata terhadap kanta lebih pendek.
  • Lebih selesa dan susah untuk tertanggal
  • Membolehkan oksigen menembusi mata.
  • Untuk penggunaan sekali sahaja.
  • Tidak perlu dijaga.
  • Boleh digunakan sepanjang malam.
  • Boleh bertahan sehingga 7 hari tanpa dikeluarkan.
  • Boleh dipakai terus menerus selama 1-6 malam.
  • Tidak perlu dicuci atau cuci sedikit sahaja.
  • Sesuai untuk pemakai kali pertama.
  • Boleh dipakai lebih lama berbanding dengan kanta jenis keras.
  • Kadangkala boleh dipakai ketika tidur.
  • Sesuai untuk pemakaian biasa atau bersukan